PROTON untung RM12 juta

nitrous_o2

Known Member
Senior Member
Joined
Jun 10, 2006
Messages
134
Points
1,528
Location
Ipoh-JB-Vietnam
Penyusutan keuntungan berikutan kos tinggi bina semula jenama Lotus

PROTON Holdings Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai RM12 juta pada suku pertama berakhir 30 Jun 2011, lebih rendah berbanding RM105 juta yang dicatatkannya pada suku sama tahun lalu.
Sepanjang suku kajian, pengeluar kereta nasional itu meraih pendapatan sebanyak RM2.23 bilion, turun sedikit berbanding RM2.29 bilion yang diraihnya sepanjang suku sama tahun sebelumnya.
PROTON, dalam kenyataannya semalam, berkata penurunan keuntungan sebelum cukainya itu sebahagian besarnya disebabkan perbelanjaan lebih tinggi yang ditanggung oleh Lotus Group International Ltd (LGIL) untuk membina semula jenamanya serta kos penstrukturan semula dalam suku semasa.

“LGIL menuju sasaran mencapai pelan perniagaannya dan pencapaiannya setakat ini adalah sejajar pelaksanaan transformasi perniagaan lima tahun kumpulan,” kata kenyataan itu.

Antara pencapaian LGIL termasuk memperkenalkan enjin baru V8 minggu lalu, menyiapkan sepenuhnya kemudahan trek ujian gred Formula Satu (F1) baru di Hethel, penubuhan sebuah stor cenderahati web dengan barisan pilihan barangan bermutu tinggi eksklusif serta hampir menyiapkan bangunan kilang baru untuk menampung pengeluaran model baru.

Proton berkata, perbelanjaan tinggi di LGIL itu bagaimanapun sebahagiannya dapat diimbangkan oleh pendapatan lebih tinggi daripada kenaikan jumlah jualan domestiknya yang mencatatkan peningkatan sebanyak tiga peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Bagaimanapun, ia berkata jika dibandingkan dengan suku sebelumnya, Proton berdepan dengan jumlah jualan keseluruhan yang lebih rendah.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulannya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, berkata kumpulan kini secara agresif cuba menerajui transformasi LGIL.

Katanya, perkembangan terbaru menyaksikan pemeteraian perjanjian edaran baru di China yang juga salah satu daripada pasaran kereta sport premium paling pesat berkembang di dunia.

“Pengedar dilantik itu, Lotus China Symphony Ltd akan melabur dalam perjanjian edaran baru itu ke seluruh negara,” katanya.

Is this good for us Malaysian?:hmmmm:
 
suck the money from the locals and dump it overseas...wise move...should be the other way around IMHO :stupid:
 
After all these years I would expect consumers to have learned their lesson but apparently not..... but then again, its their choice no matter how imaginable they are.
 
pelaburan membolehkan atasan memusing keluarkan wang dari syarikat
 
tipu lah...syarikat untung...dengan jual barang murah kepada rakyat dengan mahal harga...barang tak tahan lama,rosak rosak lagi...ini cara proton raih keuntungan dari rakyat...
CEO mereka tak pakai proton tapi porshe...tengok tun M dan keluarganya...sebagai contoh...
 
Can I know where the source of this article is from?
 
12 mil for a quarter is damn little for a carmaker whom 80% of the citizens use their cars =.=
 
How the F*ck did Proton manage to make a Godamn Huge ( Feel my Sarcasm) profit of 12 Million RINGGIT MALAYSIA when they exist in a monopolized/ Protected market !?

They are AWESOME ! ( Doesnt get anymore sarcastic than this )

Good Job Proton, I will love you long time !
 
The government says national car project benefiting our country. After 27 years this Proton still need protection from the government and the protection is essentially coming from our own pockets. Can I say no?
 
open market now...be fair to all other auto maker...let we rakyat driving japanese or germany car in cheaper price.NO more AP or other charge which makin price fold double or more...proton /perodua still need govt 'jaga' after 27 year?enough is enough.
 
earn only 6million by 6 months?

we should not have PROTON, rather government should build a better public transport system
 

Similar threads

Posts refresh every 5 minutes




Search

Online now

Enjoying Zerotohundred?

Log-in for an ad-less experience