An article from Utusan Malaysia website. I dont think its wise enuff...they are looking at the new models only. does this means we cant use old cars anymore to carry people behind? or we need to punch holes to the car body in order to fix in a rear seat belt? If that so, might as well they give tolerence to change the engine mounting. Read thru.... and give ur 2 cents....
(sorry its in malay)
Penumpang belakang dicadang wajib pakai tali keledar
PUTRAJAYA 30 Nov. - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya supaya mempertimbang untuk mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang tempat duduk belakang kenderaan, kata Ketua Pengarahnya Datuk Suret Singh.
Beliau berkata, cadangan itu akan dibuat berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) baru-baru ini bahawa pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang tempat duduk belakang dapat mengurangkan risiko kecederaan jika berlaku kemalangan.
Kajian Miros itu akan turut dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa kabinet berkenaan yang akan datang, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, cadangan JKJR itu juga sejajar dengan usaha kerajaan yang mahu memastikan penurunan kadar kemalangan jalan raya.
“Pelaksanaannya tidak menjadi masalah kerana ia hanya perlu pindaan kecil kepada Peraturan Tali Pinggang Keledar di bawah Akta Pengangkutan Jalan dan tidak perlu di bawa ke Parlimen kerana ia di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan,” katanya.
Suret Singh berkata, JKJR dalam masa yang sama akan mempertingkat lagi kempen pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang tempat duduk belakang.
“Kami mahu mewujudkan satu kesedaran di kalangan orang ramai bahawa pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang tempat duduk belakang adalah perlu bagi keselamatan diri,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Miros, Prof Dr Radin Umar Radin Sohadi yang turut hadir berkata, kajian Miros itu menunjukkan bahawa 95 peratus kenderaan di negara ini sudah mempunyai tali pinggang keledar untuk penumpang tempat duduk belakang.
- Bernama