Guys check this out !!!:regular_smile:
KENYATAAN AKHBAR
Sempena dengan Dasar Automotif Nasional, Kementerian Kewangan dengan ini memaklumkan perubahan struktur cukai kenderaan seperti berikut:
(a) Kadar duti import ASEAN CEPT dikurangkan
Kadar duti import ASEAN CEPT ke atas kenderaan siap pasang (CBU) dikurangkan kepada 5%. Dengan ini, Malaysia memenuhi komitmennya untuk mengurangkan duti import ASEAN CEPT sebelum 1 Januari 2008.
(b) Kadar Duti Eksais dikurangkan
Struktur kadar duti eksais telah diselaraskan dan perubahan utama yang dilaksanakan adalah:
i. kadar duti eksais ke atas kebanyakan kategori kenderaan telah dikurangkan,
ii. perbezaan kadar duti eksais di antara kenderaan dengan enjin berkapasiti rendah dan kenderaan dengan enjin berkapasiti tinggi, telah dikurangkan, dan
iii. perbezaan kadar duti eksais di antara kategori kenderaan iaitu kereta, MPV dan 4WD telah dikurangkan.
(c) Penilaian kastam bagi kenderaan siap pasang (CBU)
Sebagai satu lagi langkah bagi mengatasi isu pengikraran rendah, satu kajian berhubung dengan nilai kenderaan telah dijalankan. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, Kerajaan telah memutuskan untuk menetapkan nilai bagi kenderaan siap pasang (CBU) baru untuk tujuan pembayaran duti import dan eksais. Nilai CIF yang ditetapkan telah diwartakan dan akan berkuat kuasa pada 23 Mac 2006.
Struktur cukai baru bagi kenderaan bermotor dilampirkan sebagai Lampiran I. Struktur cukai baru akan berkuat kuasa mulai 23 March 2006.
Kementerian Kewangan
Putrajaya.
22 Mac 2006
http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/PMMain.nsf/hv_PMKiniSemasaNew/E42306185ED484AD482571390036FC2F