Menu
Home
Post Something
Forums
Current Activity
New posts
Search forums
What's new
New posts
Latest activity
News & Features
The Marketplace
Cars for Sale
Engine and Performance
Chassis and Wheels
Exterior and Body
Interior and Cockpit
ICE - In Car Entertainment
Car Shops and Services
Toys and Wares
All Other Stuff
Jobs and Vacancies
Looking For
Members
Log in
Register
What's new
Search
Search
Search titles only
By:
Current Activity
New posts
Search forums
Menu
Log in
Register
Reply to thread
See what others are reading now! Try Forums >
Current Activity
Home
Forums
Main Forums
General Talk
"seekers" on ntv7?
JavaScript is disabled. For a better experience, please enable JavaScript in your browser before proceeding.
You are using an out of date browser. It may not display this or other websites correctly.
You should upgrade or use an
alternative browser

Message

Team Seekers, i remembered once Melodi interviewed them n they were so F**king action. Anyway bukan dulu i post about Team Seekers.

http://www.zerotohundred.com/newforums/showthread.php?t=46903&highlight=team+seekers

Edisi Nasional: 8 gadis cantik buat kerja gila

KUALA LUMPUR: Ketika kebanyakan gadis cenderung kepada berhibur di rumah atau luar pada waktu malam, lapan gadis memilih kerja yang disifatkan sebagai ‘gila’ dengan menjadi ‘pemburu hantu’.

Dengan menggunakan nama seperti Seekers, D’Scanners dan Tesis, kumpulan dianggotai gadis berusia antara 19 dan 21 tahun ini sanggup menghabiskan masa berjam-jam di lokasi yang menyimpan 1,001 kisah mistik.

Setiap kumpulan ada kepakaran berbeza. Seekers yang lebih ‘senior’ memberi tumpuan kepada kediaman yang terbiar lama (rumah atau banglo) dan kubur lama, D’Scanners pula tanah perkuburan manakala Tesis rumah dan banglo.

Seekers dianggotai dua gadis berusia 19 dan 20 tahun, D’Scanners tiga (17, 19 dan 21 tahun) manakala Tesis tiga, semuanya berusia 20 tahun.

Tiga kumpulan itu di bawah kelolaan Ketua Penyiasat dan Pengkaji Paranormal yang bernaung di bawah syarikat Makin Abadi Sdn Bhd (M A S B ), Syed Abdullah Syed Hussein atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle’.

Aktiviti mereka bermula selepas waktu solat Maghrib hingga Subuh dengan tempat dikunjungi sangat menyeramkan seperti banglo atau rumah kosong, kubur atau di mana saja tempat yang dikatakan berpuaka.

Anggota Seekers, Syahira Ahmad Ramli, 20, atau ‘Sis’ berkata dia ada di satu-satu lokasi paling kurang sejam secara berseorangan untuk menunggu dan melihat apa bakal ‘datang’ kepadanya.

Katanya, Seekers yang dianggotainya bersama Siti Nadhirah Mohd Zain, 19, atau ‘Adeek’ akan pergi ke satu-satu tempat secara berpasukan tetapi kemudian berpecah jauh bagi ‘mengumpan’ makhluk halus.

“Ada kawasan kubur di Selangor yang orang dakwa sebagai ‘keras’. Untuk memastikannya, kita pasang kamera dan kemudian duduk berseorangan di kubur pada jam 12 tengah malam.

“Seram dan takut memang ada, tetapi saya buat tak tahu. Satu ketika, saya dengar bunyi seperti orang berjalan tetapi tak nampak sesiapa,” kata anak kedua daripada tiga beradik.

Syahira berkata, kerjanya menyeronokkan, apatah lagi dia berminat terhadap mengkaji alam mistik yang jarang dilakukan orang lain.

Seorang lagi anggota Seekers, Siti Nadiah Mohd Zin, 19, atau Adeek pula memilih ‘kerjaya’ pemburu hantu sebagai jalan mencapai impian bersemuka dengan makhluk ghaib.

Anggota kumpulan Scanners, Engku Yah Syed Abdullah, 17, pula berkata, bidang itu memang mencabar, tetapi kerana minat dia sanggup menghadapinya.

“Kami ada tiga anggota. Selain banglo, rumah lama atau kilang, kami ‘menjelajah’ kubur. Bila ke sana, saya menyanyi sepanjang masa, sementara dua yang lain menari dan tidur.

“Tujuan kami ialah melihat aktiviti mana menarik perhatian ‘mereka’ (makhluk halus). Dalam kajian ini, kami dapati menyanyi dan berjoget tidak disukai kerana kami dibaling batu,” katanya yang menuntut di Akademi TV3 dalam jurusan penyiaran.

Rakannya, Ayu Rehana Zahari, 19, turut mengakui keadaan itu dan untuk mengatasi rasa takut, dia tidak terlalu memikirkan yang makhluk halus mampu mengancamnya, selain mengamalkan membaca ayat tertentu sebagai pendinding.

Sementara itu, bagi kumpulan Tesis yang dianggotai Siti Nurliza Abdul Aziz dan Tuty Sakila Abdul Rahim, alasan pembabitan mereka dalam kumpulan ‘pemburu hantu’ sekadar mencari kelainan dan merasai kebenaran di sebalik kisah mistik yang sering membelenggu masyarakat.

Dengan rupa paras menawan dan penampilan ‘ranggi’, mungkin tiada siapa menyangka dua remaja berusia 20 tahun itu sanggup duduk seorang diri berjam-jam lamanya di banglo dan terowong terbiar serta dikategorikan sebagai lokasi ‘berpenunggu’.

Kumpulan pemburu hantu lelaki, Six Senses, turut ada cerita sendiri.

Kumpulan itu yang ditakrifkan sebagai ‘senior’ menjadikan semua tempat seperti bangunan, tanah perkuburan, kilang dan hutan rimba sebagai lokasi.

Seorang anggotanya, Azack Din, 32, berkata mereka yang menggabungkan teknik tradisional dan moden berusaha mengkaji mengapa manusia takut kepada hantu, terutama kanak-kanak.

“Sebenarnya kami cuba mendidik masyarakat, khususnya kanak-kanak, supaya jangan takutkan hantu kerana ia tak wujud, yang ada hanya jin dan syaitan,” katanya.

I remember there was one episode a kid doing hip-hop dance with radio at a grave with tema seekers n dasyat n made me laugh like hell (laugh with caution too) was an Iran guy was not affraid of ghost n he said he want to see a JIN, guess what ?? He was smokin n saw something with red eye came to him. He ran n scream like a crazy guy. Everyone was shock n the Iranian guy falls down n cried n said "I want to go home to my mother, i dont want to live here." That guy was the only one who ran as far as 6 or 7 or more kilometres they say

[QUOTE="driftkingII, post: 1242074, member: 10019"] Team Seekers, i remembered once Melodi interviewed them n they were so F**king action. Anyway bukan dulu i post about Team Seekers. http://www.zerotohundred.com/newforums/showthread.php?t=46903&highlight=team+seekers Edisi Nasional: 8 gadis cantik buat kerja gila KUALA LUMPUR: Ketika kebanyakan gadis cenderung kepada berhibur di rumah atau luar pada waktu malam, lapan gadis memilih kerja yang disifatkan sebagai ‘gila’ dengan menjadi ‘pemburu hantu’. Dengan menggunakan nama seperti Seekers, D’Scanners dan Tesis, kumpulan dianggotai gadis berusia antara 19 dan 21 tahun ini sanggup menghabiskan masa berjam-jam di lokasi yang menyimpan 1,001 kisah mistik. Setiap kumpulan ada kepakaran berbeza. Seekers yang lebih ‘senior’ memberi tumpuan kepada kediaman yang terbiar lama (rumah atau banglo) dan kubur lama, D’Scanners pula tanah perkuburan manakala Tesis rumah dan banglo. Seekers dianggotai dua gadis berusia 19 dan 20 tahun, D’Scanners tiga (17, 19 dan 21 tahun) manakala Tesis tiga, semuanya berusia 20 tahun. Tiga kumpulan itu di bawah kelolaan Ketua Penyiasat dan Pengkaji Paranormal yang bernaung di bawah syarikat Makin Abadi Sdn Bhd (M A S B ), Syed Abdullah Syed Hussein atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle’. Aktiviti mereka bermula selepas waktu solat Maghrib hingga Subuh dengan tempat dikunjungi sangat menyeramkan seperti banglo atau rumah kosong, kubur atau di mana saja tempat yang dikatakan berpuaka. Anggota Seekers, Syahira Ahmad Ramli, 20, atau ‘Sis’ berkata dia ada di satu-satu lokasi paling kurang sejam secara berseorangan untuk menunggu dan melihat apa bakal ‘datang’ kepadanya. Katanya, Seekers yang dianggotainya bersama Siti Nadhirah Mohd Zain, 19, atau ‘Adeek’ akan pergi ke satu-satu tempat secara berpasukan tetapi kemudian berpecah jauh bagi ‘mengumpan’ makhluk halus. “Ada kawasan kubur di Selangor yang orang dakwa sebagai ‘keras’. Untuk memastikannya, kita pasang kamera dan kemudian duduk berseorangan di kubur pada jam 12 tengah malam. “Seram dan takut memang ada, tetapi saya buat tak tahu. Satu ketika, saya dengar bunyi seperti orang berjalan tetapi tak nampak sesiapa,” kata anak kedua daripada tiga beradik. Syahira berkata, kerjanya menyeronokkan, apatah lagi dia berminat terhadap mengkaji alam mistik yang jarang dilakukan orang lain. Seorang lagi anggota Seekers, Siti Nadiah Mohd Zin, 19, atau Adeek pula memilih ‘kerjaya’ pemburu hantu sebagai jalan mencapai impian bersemuka dengan makhluk ghaib. Anggota kumpulan Scanners, Engku Yah Syed Abdullah, 17, pula berkata, bidang itu memang mencabar, tetapi kerana minat dia sanggup menghadapinya. “Kami ada tiga anggota. Selain banglo, rumah lama atau kilang, kami ‘menjelajah’ kubur. Bila ke sana, saya menyanyi sepanjang masa, sementara dua yang lain menari dan tidur. “Tujuan kami ialah melihat aktiviti mana menarik perhatian ‘mereka’ (makhluk halus). Dalam kajian ini, kami dapati menyanyi dan berjoget tidak disukai kerana kami dibaling batu,” katanya yang menuntut di Akademi TV3 dalam jurusan penyiaran. Rakannya, Ayu Rehana Zahari, 19, turut mengakui keadaan itu dan untuk mengatasi rasa takut, dia tidak terlalu memikirkan yang makhluk halus mampu mengancamnya, selain mengamalkan membaca ayat tertentu sebagai pendinding. Sementara itu, bagi kumpulan Tesis yang dianggotai Siti Nurliza Abdul Aziz dan Tuty Sakila Abdul Rahim, alasan pembabitan mereka dalam kumpulan ‘pemburu hantu’ sekadar mencari kelainan dan merasai kebenaran di sebalik kisah mistik yang sering membelenggu masyarakat. Dengan rupa paras menawan dan penampilan ‘ranggi’, mungkin tiada siapa menyangka dua remaja berusia 20 tahun itu sanggup duduk seorang diri berjam-jam lamanya di banglo dan terowong terbiar serta dikategorikan sebagai lokasi ‘berpenunggu’. Kumpulan pemburu hantu lelaki, Six Senses, turut ada cerita sendiri. Kumpulan itu yang ditakrifkan sebagai ‘senior’ menjadikan semua tempat seperti bangunan, tanah perkuburan, kilang dan hutan rimba sebagai lokasi. Seorang anggotanya, Azack Din, 32, berkata mereka yang menggabungkan teknik tradisional dan moden berusaha mengkaji mengapa manusia takut kepada hantu, terutama kanak-kanak. “Sebenarnya kami cuba mendidik masyarakat, khususnya kanak-kanak, supaya jangan takutkan hantu kerana ia tak wujud, yang ada hanya jin dan syaitan,” katanya. I remember there was one episode a kid doing hip-hop dance with radio at a grave with tema seekers n dasyat n made me laugh like hell (laugh with caution too) was an Iran guy was not affraid of ghost n he said he want to see a JIN, guess what ?? He was smokin n saw something with red eye came to him. He ran n scream like a crazy guy. Everyone was shock n the Iranian guy falls down n cried n said "I want to go home to my mother, i dont want to live here." That guy was the only one who ran as far as 6 or 7 or more kilometres they say [/QUOTE]
Insert quotes…
Verification
Post reply
The Marketplace Latest
Honda CITY 1.5 E (A)
Started by
PIstonHeads
Cars for sale
original BBS RE013 18x8jj offset +50 5H pcd 5x112...
Started by
david tao
Chassis and Wheels
original rare Yokohama ADVAN Racing RG3 18x8 18x8.5...
Started by
david tao
Chassis and Wheels
original Endless M4 S2 4pot 2pot brake caliper set...
Started by
david tao
Chassis and Wheels
original rare Yokohama ADVAN Racing RG2 17x8.5jj...
Started by
david tao
Chassis and Wheels
original rare WedsSport TC005 17x7jj offset +40 5H...
Started by
david tao
Chassis and Wheels
Vifa Speakers Audison Amp
Started by
samuel118
ICE -In Car Entertainment
original rare Yokohama ADVAN Racing RG3 18x8.5...
Started by
david tao
Chassis and Wheels
Carbing R35 GTR GTR35 Brake Master Cylinder Stopper
Started by
aycy
Engine and Performance
GR Corolla Hypertune Bolt On Intercooler
Started by
aycy
Engine and Performance
Posts refresh every 5 minutes
Haltech ecu
Anyone know where to tune Haltech standalone ecu in Johor bahru or Singapore? Pls advise thanks and good day everyone
SSC Ultimate Aero II has the Veyron in its crosshair
https://www.zerotohundred.com/wp-content/uploads/2010/09/ssc2.jpg
Mission: reclaim title of world’s fastest production car from the Bugatti Veyron Super Sport. Weapon of choice: SSC Ultimate Aero II.
While we might...
FC3S mark 4 leather wrap seat for sale
Sold thanks
Recent Posts
Honda Malaysia Doubles Down on Hybrids: New CR-V Launches with Dual e:HEV...
Started by
The_Mechanic
News and Features
BateriHub Reaches 200-Store Milestone, Becomes Malaysia’s Largest...
Started by
The_Mechanic
News and Features
Been stalking for 3 years edy
Started by
dheepadarshan95
Introduction and Newbies
Recommendation: Turbocharger for 4B11 N.A engine
Started by
Mitevo7
Car Modification
2026 Vios HEV launched with Local Battery Assembly - UMW Toyota Motor
Started by
The_Mechanic
News and Features
Search
Online now
Enjoying Zerotohundred?
Log-in
for an ad-less experience
Home
Forums
Main Forums
General Talk
"seekers" on ntv7?