Sedikit Maklumat Tentang Surface Preparation
http://www.hostingphpbb.com/forum/viewtopic.php?t=46&mforum=playhousegarage
Senang saja step ni. Apa yang penting adalah kebersihan dan permukaan yang ingin dicat bebas dari bendasing. Bagi permukaan yang telah distrip off, adalah harus dipastikan semua saki baki cat di hilangkan dari permukaan.
Oleh kerana strip cat yang terdahulu sekadar bertujuan bagi mengesan karat, trip cat kali kedua pula adalah persediaan kepada surface treatment. Harus diingat, permukaan kereta terbahagi dua iaitu luar dan dalam. Oleh itu bahagian dalam tidak harus diambil mudah. Strip peringkat kedua adalah lebih mudah.... tapi tak semudah abc la...
Wire-grinded pada bahagian dalam
Setelah berpuas hati dengan preparation tadi, maka layak la fender 510 ini dilapisi lapisan pertama.
Nak pakai pebenda dulu ek :?:
Jika anda pakar dalam painting dan blasting, sudah tentu anda tahu ada bermacam macam primer yang boleh digunakan untuk restorasi sesebuah kereta. Ada yang murah ada yang mahal. Ada cap ayam ada yang lokel ada yang baik ada yang imported ada yang qualiti ada yang bagus ada yang orang tak pernah pakai kat kereta ada yang terlalu asing dan bemacam macam lagi. Pendek kata.... dunia priming ni memang luas.
Cukup la aku senaraikan dua senis yang biasa digunakan oleh tukang tukang cat, mamat restorasi, hodrodders dll. 1) Epoxy Primer 2) Etch primer. Kedua dua primer ni boleh didapati di kedai cat berhampiran. Murah saja dan bergantung kepada brand dan bagaimana apek kedai tu kasi ayat korang! Roughly dalam RM 40 - RM 60 seliter.
Untuk projek ni kita pakai epoxy primer. Terdapat dalam pelbagai warna dan pilihan.
Spray sekali kot celah celah dan lubang lubang... Kalau kedai lain mals nak buat, mai sini bagi PH buat