Thanks mate. Hopefully soon lah...
C&P from my other write up.
Bina otot atau add muscle pada kereta old skool memang dah biasa kita lihat kat mana mana. Ada yang pakai fibre, ada yang cut and paste dari bahagian lain, ada yang buat sendiri, ada yang macam macam lagi. Oleh kerana PlayHouse ni main besi tiap tiap hari, kat sini aku tunjukkan proses buat otot pakai plate besi kat customer terkini.
Encik Udin ni nak tambah arch kat KE70 dia dan dia terus je bawak masuk kereta dia hari tu. Setelah bersetuju dgn offer pihak PlayHouse dan dia ON projek ni. Aku cuma buat write up untuk proses arch saja lah ya. Beberapa pesoalan perlu owner jawab dahulu sebelum decide nak buat arch.
- tahu rim yang lagu mana nak pakai i.e tahu dimension, offset dll
- mau design yang camana. sertakan gambar lebih afdhal. senang dirang nak refer dan tak buat yang cam lain
- kena decide la mau jenis flare atau arch la... dua dua ada lebih dan kurangnya..
- buat la sedikit market research harga harga buat otot ni...
Jadi bila dah hantar kat PH je, maknanya kita akan potong tanpa belas kasihan. Kalau tak sayang kereta hantar la sini. Setelah di sukat, ukur dan test kat tayar, kita kasi potong itu fender.
Bahagian yang dipotong akan jadi template kepada arch yang baru. So kita roughly ukur dan bikin kembali mengikut berapa lebar mau keluar.
Harus diingat, kerja kerja handmade ni bukan semuanya acurate in the sense that kiri kanan mirror image itu macam. So sesapa yang particular bab bab ni, adalah lebih baik beli je dari kedai. Kita boleh tolong pasangkan. So kerja kerja ketuk boleh dimulakan setelah ukuran dah ok.
ketuk
ketuk lagi
tambah tulang according to the mark
so cam ni la rupa dia. tapi masih belum siap lagi.... nanti aku update step seterusnya. setakat tu saja yang aku dapat snap.
... to be continued