PETRONAS untung RM30.9b

nitrous_o2

Known Member
Senior Member
Jun 10, 2006
132
26
1,528
Ipoh-JB-Vietnam
Pendapatan suku pertama didorong prestasi harga minyak dunia

KEUNTUNGAN sebelum cukai syarikat minyak nasional, PETRONAS melonjak hampir 45 peratus kepada RM30.9 bilion pada suku pertama berakhir 30 Jun 2011 berbanding RM21.4 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya, didorong kedudukan harga minyak yang lebih kukuh.
Prestasi memberangsangkan itu turut didorong peningkatan pendapatan sebanyak 24.6 peratus kepada RM72.97 bilion berbanding RM58.55 bilion yang diraihnya pada suku sama tahun sebelumnya.
Persekitaran perniagaan yang lebih perlahan sehingga tahun depan ekoran suasana ekonomi yang tidak menentu khususnya di kalangan negara maju. - Shamsul Azhar Abbas, Presiden dan Ketua Eksekutif PETRONAS. Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata bagaimanapun kumpulan menjangka bakal berdepan persekitaran perniagaan yang lebih perlahan sehingga tahun depan ekoran suasana ekonomi yang tidak menentu khususnya di kalangan negara maju.

Susulan itu PETRONAS, katanya, mengunjurkan keuntungan sebelum cukainya untuk seluruh tahun kewangan semasa berada antara RM60 bilion hingga RM70 bilion, meskipun mencatatkan prestasi kukuh pada suku pertama lalu.

“Persekitaran ekonomi semasa akan mempengaruhi permintaan ke atas minyak mentah dan harga bahan bakar yang mana pada permulaan suku kedua lalu, terdapat petunjuk bahawa kita akan menyaksikan suasana ekonomi lebih perlahan sehingga tahun depan.

“Kumpulan mencatatkan prestasi baik pada suku pertama lalu namun kegembiraan itu dirasakan sudah berakhir,” katanya ketika mengumumkan prestasi kewangan suku pertama PETRONAS 2011 di Kuala Lumpur, semalam.
PETRONAS akan melalui tahun kewangan selama sembilan bulan tahun ini kerana menukar tahun kewangannya yang sebelum ini berakhir pada 30 Mac kepada 31 Disember bermula tahun depan.

Untuk tempoh sembilan bulan tahun kewangan sebelumnya, PETRONAS meraih keuntungan sebelum cukai RM60 bilion.

Shamsul Azhar berkata, pada suku pertama lalu, Petronas mencatatkan prestasi kewangan yang baik berdasarkan harga purata minyak mentah AS$122.26 setong berbanding AS$76.14 setong pada suku sebelumnya.

“Kami menjangkakan harga minyak mentah akan berlegar antara AS$80 hingga AS$85 setong sehingga tahun depan dengan mengambil kira perkara asas saja, tidak termasuk faktor luaran lain contohnya ketegangan di negara pengeluar minyak,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, bekalan gas kepada pengguna domestik dijangka semakin mengecil berikutan penutupan beberapa kemudahan pengeluaran gas bagi tujuan penyelenggaraan.

“Begitu pun, langkah kerajaan untuk menarik subsidi secara berperingkat akan membantu mengurangkan tekanan ke atas permintaan,” katanya.

Mengenai rancangan pengambilalihan, Shamsul Azhar berkata, PETRONAS tidak menetapkan sebarang rancangan untuk berbuat demikian pada tahun ini, namun jika peluang berbuat demikian ada ia sudah pasti akan melaksanakannya.

“Kami meninjau peluang dalam bidang penemuan gas dan lapangan minyak bukan konvensional. Pengambilalihan hanya akan menjadi kenyataan jika harganya sesuai,” katanya.

And this?:hmmmm:
 

jimmyae101

1,000 RPM
Senior Member
Dec 7, 2005
1,167
112
1,663
medan indonesia
dah untung banyak....tak boleh ke petonas jual minyak kepada rakyat lebih murah dari lain...masa tu,semua stesen petronas penuh....dengan orang ramai beli minyak...rugi sikit sekarang untung banyak kekal...long term ma...lain2 stesen akan tutup....ini membolehkan stesen petronas perkuatkan pengaruhnya lagi lebih besar....fikir...idea ni..
 

zuruzuruz

Known Member
Senior Member
Nov 12, 2006
138
45
1,528
Ampang
dah untung banyak....tak boleh ke petonas jual minyak kepada rakyat lebih murah dari lain...masa tu,semua stesen petronas penuh....dengan orang ramai beli minyak...rugi sikit sekarang untung banyak kekal...long term ma...lain2 stesen akan tutup....ini membolehkan stesen petronas perkuatkan pengaruhnya lagi lebih besar....fikir...idea ni..
yeah.. good idea.. some of us here are diligent petronas station goers, although some might say their gas sucks, but still for me, it is still better to keep the money flow here rather than to other gas stations that are from foreign countries.. so, y not a change of business plan to assist rakyat... they still get the benefit from it right?
 

kanan

500 RPM
Senior Member
Nov 12, 2005
908
52
1,528
KL
Even if Pet wanted to do this, it has to be approved by the big boss "Gov". Pet is like a powerful engine but in the end only the driver decide which way togo
 

jimmyae101

1,000 RPM
Senior Member
Dec 7, 2005
1,167
112
1,663
medan indonesia
oh ya,almost ask permission from big boss..,govt should look long term which more benefit to our rakyat and country..yes,i know our country sell good grade oil to other country,we rakyat not mind to use lowe grade oil but make sure it is reasonable price also ma,but u see ron97 still selling so high rm2.80 really killin off to some user who are using high performance engine in their old car...ask they using ron95...engine problem,stuck power,under performance.as our country is big production oil in world,am think we able sell petrol to our rakyat more cheaper than current price as now petronas still untung ma...where got rugi...
 

ivan7

Known Member
Senior Member
Mar 28, 2006
176
7
1,518
Subang J
yeah.. good idea.. some of us here are diligent petronas station goers, although some might say their gas sucks, but still for me, it is still better to keep the money flow here rather than to other gas stations that are from foreign countries.. so, y not a change of business plan to assist rakyat... they still get the benefit from it right?
sorry bro, disagree with the method.. if petronas starts selling cheaper and kill off competition, eventually it will be a monopoly.. and consumers always lose when its a monopoly.
 

zamrioo2

Known Member
Senior Member
May 2, 2005
180
2
3,018
rm30.9b profit is for gov not for the company... all the company policies is determinded by the gov not the company... apart of the profit are chaneled to rakyat, we dont see it, do we?
 

ruckboyz_85

Known Member
Senior Member
Apr 3, 2009
81
14
1,508
rm30.9b profit is for gov not for the company... all the company policies is determinded by the gov not the company... apart of the profit are chaneled to rakyat, we dont see it, do we?
i agree...don't know where the profit is channeled..subsidies are cut every year...federal road like shit..gov university fees, increase...now GST...huhu
 

The Marketplace Top Posts

Random Post Every 5 Minutes

Hello, I bought one Tein HR hilo with non Tein Spring...I go for service all these absorber (that cost me 700 bucks), and the result, I drive my car like riding horse...It is soooooo tough. I ask any one pro bout this, and almost they say that I have to change the spring. (besides, the current springs were not mounted properly, so it make my absorber a little bit noise). BUT, I do not know what spring I'm goin to choose. Any one could help???
Ask a question, start a discussion or post something for sale!
Post thread

Online now

Enjoying Zerotohundred?

Log-in for an ad-less experience