how about evo with ron95? will it be ok? hais~
sorry because the post is in malay...
PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperkenalkan petrol RON95 yang lebih berkualiti bagi menggantikan RON92, manakala harga RON97 akan dinaikkan mulai Julai ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata pada masa ini, petrol RON92 dijual pada harga runcit RM1.70 seliter, manakala RON97, RM1.80 seliter.
Katanya, petrol RON95 juga akan dijual pada harga runcit RM1.70 sen seliter.
Katanya kenaikan petrol RON97 adalah bagi menggalakkan rakyat menggunakan RON95 yang mempunyai kualiti lebih baik daripada RON92 untuk kenderaan prestasi biasa.
Bagaimanapun, katanya kerajaan memberi jaminan kenaikan harga petrol RON97 yang belum diputuskan adalah munasabah dan tidak membebankan rakyat.
Ketika ini, dua gred petrol iaitu RON92 dan RON97 dijual di stesen minyak tetapi lebih 80 peratus pemilik kenderaan memilih menggunakan RON97 kerana RON92 didakwa kurang sesuai untuk kereta.
"
RON95 adalah petrol tanpa plumbum yang sesuai digunakan untuk semua kenderaan termasuk keluaran Proton, Perodua, Toyota dan BMW, manakala
RON97 lebih sesuai untuk kenderaan prestasi tinggi seperti enjin turbo dan harganya lebih mahal (berbanding RON95 atau RON92)," katanya pada sidang media di sini semalam.
Katanya, RON95 juga digunakan secara meluas di negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.
"Justeru, penggunaan RON97 (untuk kereta biasa) adalah suatu pembaziran dan kerajaan berpendapat tiba masa pengguna sedar dan tidak dipengaruhi iklan syarikat minyak yang kononnya menawarkan pelbagai jenis petrol berkualiti tinggi dengan harga lebih mahal," katanya.
Shahrir berkata, kerajaan juga sedang merangka pelbagai strategi pemasaran dan penetapan harga bagi menggalakkan pengguna beralih daripada menggunakan petrol RON97 kepada RON95.
Katanya, kerajaan juga akan mengadakan sesi penerangan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai kebaikan RON95.
Pada masa sama, Shahrir juga menafikan kerajaan akan mengapungkan harga RON97 yang akan menyaksikan ia dijual pada harga pasaran minyak dunia.
"Perkara itu timbul kerana mereka (pengusaha stesen minyak) kurang faham mengenai teknologi dan latar belakang penggunaan minyak sebaliknya hanya tahu berniaga," katanya.
Mengenai pakej rangsangan ekonomi kedua, beliau berkata, kementerian mencadangkan supaya syarikat pengangkutan minyak diberi subsidi bagi menampung kos operasi sekali gus mengurangkan perbezaan harga di bandar dan luar bandar.
Sumber: Berita Harian
so it means that for modded car, we have to use ron97 that the price is very expensive