Menu
Home
Post Something
Forums
Current Activity
New posts
Search forums
What's new
New posts
Latest activity
News & Features
The Marketplace
Cars for Sale
Engine and Performance
Chassis and Wheels
Exterior and Body
Interior and Cockpit
ICE - In Car Entertainment
Car Shops and Services
Toys and Wares
All Other Stuff
Jobs and Vacancies
Looking For
Members
Log in
Register
What's new
Search
Search
Search titles only
By:
Current Activity
New posts
Search forums
Menu
Log in
Register
Reply to thread
See what others are reading now! Try Forums >
Current Activity
Home
Forums
Car Brands
Car Manufacturers
Perodua
Kelisa Gathering
JavaScript is disabled. For a better experience, please enable JavaScript in your browser before proceeding.
You are using an out of date browser. It may not display this or other websites correctly.
You should upgrade or use an
alternative browser

Message

i also searching but here is the article talking about it:

http://www.oyak.net/v6/

Klip video cabul gadis

Posted: May 25th, 2007, 8:05pm MYT by Faizal

p/s: melampau betul!

Klip video cabul gadis:

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama nama buruk Mat Rempit tidak kedengaran, golongan itu sekali lagi tampil dengan aksi kurang ajar apabila merakam aksi melampau ketika mencabul seorang gadis bertudung menggunakan telefon bimbit.

Lebih biadab, rakaman itu disebarkan pula sesama mereka sebelum turut diperoleh orang lain.

Tambah menyayat hati apabila berdasarkan rakaman berkenaan, mangsa cuba melawan dan merayu supaya dilepaskan, namun remaja berhati binatang itu langsung tidak mempedulikan rintihannya.

Difahamkan, klip video panas bertajuk ‘lauk’ itu kini tersebar luas di kalangan pengguna telefon bimbit, terutama remaja dan pelajar.

Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam, Mohd Aidil Mohd Rosley, 20, berkata klip video dirakam dengan telefon bimbit berkamera itu diterimanya daripada seorang rakan semalam yang menawarkan rakaman ‘panas’ itu dipindahkan melalui ‘bluetooth’.

Menurutnya, sebelum ini dia kerap menerima pelbagai rakaman aksi panas remaja tempatan, namun klip video terbaru itu dianggap paling menyedihkan terutama apabila ia membabitkan remaja perempuan Melayu.

“Hasil penelitian, rakaman selama 4 minit 36 saat itu menunjukkan seorang gadis bertudung yang berseluar panjang dan berbaju-T hitam lengan panjang cuba dicabul di kawasan semak oleh sekurang-kurangnya tiga lelaki.

“Rakaman awal menunjukkan Mat Rempit terbabit rakus meraba tubuh gadis itu yang masih berpakaian sambil mangsa berulang kali merayu supaya dilepaskan.

“Tidak cukup dengan itu, tangan beberapa Mat Rempit lain kelihatan turut menyelak baju mangsa walaupun dia menghalang perbuatan jijik itu,” katanya.

Rakaman seterusnya menunjukkan kumpulan Mat Rempit terbabit mula menggunakan kekerasan dengan memegang pergelangan tangan gadis itu, manakala rakan mereka yang lain cuba membuka tali pinggang dan seluar mangsa.

“Mangsa yang diasak dari serata arah oleh kumpulan Mat Rempit terbabit akhirnya gagal mempertahankan diri sebelum seluar dan bajunya ditanggalkan.

“Tambah menyedihkan apabila mangsa terus diraba dan dicabul sesuka hati,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan rakaman itu, sekurang-kurangnya dua telefon bimbit berkamera milik Mat Rempit digunakan untuk merakam perbuatan jijik berkenaan.

“Pihak yang merakam aksi melampau itu cukup licik dan berhati-hati dengan tidak mendedahkan wajah masing-masing melalui rakaman terbabit.

“Apa yang kelihatan hanya tangan mereka dan wajah mangsa yang pastinya boleh memalukan gadis terbabit,” katanya.

Aidil berkata, rakaman klip video terbabit jelas menunjukkan mangsa diperangkap kerana dia beberapa kali merayu supaya dibebaskan.

“Hati saya tersentuh apabila jelas kedengaran mangsa merintih dengan berkata ‘aku nak balik’ berulang kali. Bagaimanapun, remaja lelaki terbabit langsung tidak mengendahkan permintaan itu, sebaliknya memberitahu ingin melihat tubuh bogelnya.

“Malah, remaja terbabit turut memaksa mangsa membuka semua pakaiannya dengan alasan ingin merakam gambar bogelnya,” katanya.

Menurutnya, dia amat simpati dengan gadis itu yang pastinya mengalami trauma selepas kejadian.

Sementara itu, penganalisis jenayah terkenal, Kamal Affendi Hashim, meluahkan rasa kesal dengan hobi jijik kumpulan remaja terbabit yang tidak hanya merosakkan maruah gadis terbabit, malah mengaibkan bangsa sendiri.

Menurutnya, masalah itu tidak akan terjadi jika gadis terbabit berhati-hati memilih rakan dan tidak bergaul dengan Mat Rempit atau remaja liar.

“Malangnya, ramai mangsa yang malu dan enggan tampil membuat laporan polis apabila diperlakukan sesuka hati golongan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan gejala ini berterusan dan suspek semakin galak mencari mangsa untuk dirakamkan bagi tujuan suka-suka,” katanya.

Kamal Affendi berkata, pelaku jenayah terbabit boleh didakwa kerana mencabul kehormatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada seksaan itu.

Malah menurutnya, remaja lelaki yang merakam gambar lucah terbabit juga boleh didakwa mengikut Seksyen 509 kanun Keseksaan kerana mengedar gambar terbabit kerana perbuatan itu dikategorikan sebagai perilaku jenayah.

[QUOTE="Tohsan, post: 2297507, member: 6705"] i also searching but here is the article talking about it: http://www.oyak.net/v6/ Klip video cabul gadis Posted: May 25th, 2007, 8:05pm MYT by Faizal p/s: melampau betul! Klip video cabul gadis: KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama nama buruk Mat Rempit tidak kedengaran, golongan itu sekali lagi tampil dengan aksi kurang ajar apabila merakam aksi melampau ketika mencabul seorang gadis bertudung menggunakan telefon bimbit. Lebih biadab, rakaman itu disebarkan pula sesama mereka sebelum turut diperoleh orang lain. Tambah menyayat hati apabila berdasarkan rakaman berkenaan, mangsa cuba melawan dan merayu supaya dilepaskan, namun remaja berhati binatang itu langsung tidak mempedulikan rintihannya. Difahamkan, klip video panas bertajuk ‘lauk’ itu kini tersebar luas di kalangan pengguna telefon bimbit, terutama remaja dan pelajar. Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam, Mohd Aidil Mohd Rosley, 20, berkata klip video dirakam dengan telefon bimbit berkamera itu diterimanya daripada seorang rakan semalam yang menawarkan rakaman ‘panas’ itu dipindahkan melalui ‘bluetooth’. Menurutnya, sebelum ini dia kerap menerima pelbagai rakaman aksi panas remaja tempatan, namun klip video terbaru itu dianggap paling menyedihkan terutama apabila ia membabitkan remaja perempuan Melayu. “Hasil penelitian, rakaman selama 4 minit 36 saat itu menunjukkan seorang gadis bertudung yang berseluar panjang dan berbaju-T hitam lengan panjang cuba dicabul di kawasan semak oleh sekurang-kurangnya tiga lelaki. “Rakaman awal menunjukkan Mat Rempit terbabit rakus meraba tubuh gadis itu yang masih berpakaian sambil mangsa berulang kali merayu supaya dilepaskan. “Tidak cukup dengan itu, tangan beberapa Mat Rempit lain kelihatan turut menyelak baju mangsa walaupun dia menghalang perbuatan jijik itu,” katanya. Rakaman seterusnya menunjukkan kumpulan Mat Rempit terbabit mula menggunakan kekerasan dengan memegang pergelangan tangan gadis itu, manakala rakan mereka yang lain cuba membuka tali pinggang dan seluar mangsa. “Mangsa yang diasak dari serata arah oleh kumpulan Mat Rempit terbabit akhirnya gagal mempertahankan diri sebelum seluar dan bajunya ditanggalkan. “Tambah menyedihkan apabila mangsa terus diraba dan dicabul sesuka hati,” katanya. Menurutnya, berdasarkan rakaman itu, sekurang-kurangnya dua telefon bimbit berkamera milik Mat Rempit digunakan untuk merakam perbuatan jijik berkenaan. “Pihak yang merakam aksi melampau itu cukup licik dan berhati-hati dengan tidak mendedahkan wajah masing-masing melalui rakaman terbabit. “Apa yang kelihatan hanya tangan mereka dan wajah mangsa yang pastinya boleh memalukan gadis terbabit,” katanya. Aidil berkata, rakaman klip video terbabit jelas menunjukkan mangsa diperangkap kerana dia beberapa kali merayu supaya dibebaskan. “Hati saya tersentuh apabila jelas kedengaran mangsa merintih dengan berkata ‘aku nak balik’ berulang kali. Bagaimanapun, remaja lelaki terbabit langsung tidak mengendahkan permintaan itu, sebaliknya memberitahu ingin melihat tubuh bogelnya. “Malah, remaja terbabit turut memaksa mangsa membuka semua pakaiannya dengan alasan ingin merakam gambar bogelnya,” katanya. Menurutnya, dia amat simpati dengan gadis itu yang pastinya mengalami trauma selepas kejadian. Sementara itu, penganalisis jenayah terkenal, Kamal Affendi Hashim, meluahkan rasa kesal dengan hobi jijik kumpulan remaja terbabit yang tidak hanya merosakkan maruah gadis terbabit, malah mengaibkan bangsa sendiri. Menurutnya, masalah itu tidak akan terjadi jika gadis terbabit berhati-hati memilih rakan dan tidak bergaul dengan Mat Rempit atau remaja liar. “Malangnya, ramai mangsa yang malu dan enggan tampil membuat laporan polis apabila diperlakukan sesuka hati golongan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan gejala ini berterusan dan suspek semakin galak mencari mangsa untuk dirakamkan bagi tujuan suka-suka,” katanya. Kamal Affendi berkata, pelaku jenayah terbabit boleh didakwa kerana mencabul kehormatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada seksaan itu. Malah menurutnya, remaja lelaki yang merakam gambar lucah terbabit juga boleh didakwa mengikut Seksyen 509 kanun Keseksaan kerana mengedar gambar terbabit kerana perbuatan itu dikategorikan sebagai perilaku jenayah. [/QUOTE]
Insert quotes…
Verification
Post reply
The Marketplace Latest
New original Defi Advance A1 NA package triple...
Started by
david tao
Engine and Performance
original rare Rays Volk Racing CE28 16x7jj offset...
Started by
david tao
Chassis and Wheels
Honda Jazz/Fit JSracing GTwing Spoiler
Started by
jeff6126
Exterior and Body
Toyota Vios NCP93 front bonnet hood
Started by
jeff6126
Exterior and Body
Honda civic fc varis spoiler
Started by
jeff6126
Exterior and Body
BMW F10 Msport front bumper set
Started by
jeff6126
Exterior and Body
BMW F30 M3/GTS front bonnet hood
Started by
jeff6126
Exterior and Body
BMW F10 vorsteiner rear bumper diffuser
Started by
jeff6126
Exterior and Body
Mitsubishi Lancer Evo bodykit
Started by
jeff6126
Exterior and Body
BMW F30 M3 front skirt lip
Started by
jeff6126
Exterior and Body
Posts refresh every 5 minutes
Honda BR-V enters Malaysia - This Small Crossover is the Next Big Thing!
Honda Malaysia is showcasing its all-new contender, the new BR-V crossover at the Mines...
Looking for an R32
Helping a friend to search an R32..
View attachment 665969
His requirements are:
Road legal
RWD
RB20DET, RB25DET or RB26DETT doesn't matter
2 Doors
Good condition
Colour doesn't matter
Modded or unmodded...
Problem with the car
wah dint know transplant would be a big headache :D
yah .. lucky i took vestax idea and kept the cash instead of buying the gadgets :D
First ..
Turbine Kong
now ..
Brake problem.. most probably disc and pads
Leaking...
Recent Posts
Darker Design : Mercedes-Benz Launches GLA Nightfall Edition in Malaysia
Started by
The_Mechanic
News and Features
Honda Malaysia Doubles Down on Hybrids: New CR-V Launches with Dual e:HEV...
Started by
The_Mechanic
News and Features
BateriHub Reaches 200-Store Milestone, Becomes Malaysia’s Largest...
Started by
The_Mechanic
News and Features
Been stalking for 3 years edy
Started by
dheepadarshan95
Introduction and Newbies
Recommendation: Turbocharger for 4B11 N.A engine
Started by
Mitevo7
Car Modification
Search
Online now
Enjoying Zerotohundred?
Log-in
for an ad-less experience
Home
Forums
Car Brands
Car Manufacturers
Perodua
Kelisa Gathering