ahhahaha lekalo maksudnya ko dah tak payah be responsible la?ko dah NA...AHAHHA...anyway...anybody managed to snap some pics?if got and u dun wan to post them here please email them to [email protected]s
ghost pic u wan....???Originally posted by SataniC@Jan 25 2005, 10:14
ahhahaha lekalo maksudnya ko dah tak payah be responsible la?ko dah NA...AHAHHA...anyway...anybody managed to snap some pics?if got and u dun wan to post them here please email them to [email protected]s
muahahahah! Cilako mu! Woi, then u forward them pix to me pulak tau?Originally posted by SataniC@Jan 25 2005, 10:14
ahhahaha lekalo maksudnya ko dah tak payah be responsible la?ko dah NA...AHAHHA...anyway...anybody managed to snap some pics?if got and u dun wan to post them here please email them to [email protected]s
Mongster no more lah... now same car, but very docile.. become NA already. No more flame, no more nothing. :(Originally posted by simplythebest@Jan 25 2005, 12:09
lekalo: Where is your monster? :unsure: , now main apa kereta ar? :P
Ibu kematian dua anak dalam 10 bulan
Oleh: YAP LEE YING
PETALING JAYA 24 Jan. - Selepas anak lelakinya meninggal dunia 10 bulan lalu akibat keracunan makanan, Jumiah Aran kehilangan pula anak perempuannya dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Kerinchi Link, di sini awal pagi ini.
Bagaimanapun, Jumiah, 56, berkata beliau reda dengan kematian anak keenamnya, Siti Hasliza Alawi, 20, dan menganggapnya sebagai takdir.
Menurut Jumiah, pada Mac lalu, dia kehilangan anak ketujuhnya, Firdaus Alawi, 13, akibat keracunan makanan di Sekolah Menengah Raja Muda Musa, Batang Berjuntai, Selangor.
``Saya tahu semua orang akan mati. Saya pun akan mati juga, jadi saya pasrah atas pemergian mereka terutamanya Liza,'' katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 1.30 awal pagi ini, Siti Hasliza dan temannya Mohd. Zamer Kernain, 24, mati di tempat kejadian apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di persimpangan Lebuh Raya Kerinchi Link.
Dalam kejadian tersebut, mereka sedang dalam perjalanan dari Pusat Bandar Damansara menuju ke Damansara.
Kata Jumiah, kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya ialah pada Khamis lalu iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidiladha.
``Dia ada menyatakan hasrat untuk berhenti kerja di Pasar Raya Parkson, Shah Alam walaupun tidak sampai sebulan berkhidmat di sana.
``Pada hari itu saya sempat masak ketupat dan rendang khas untuknya dibawa pulang ke rumah sewanya,'' katanya.
Sementara itu, menurut kakak kepada Mohd. Zamer, Junaina Kernain, 35, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 2 pagi ini oleh rakan adik bongsunya yang kebetulan terlihat kejadian itu.
``Pada pukul 11 malam, Mohd. Zamer ada menelefon ayah supaya meletakkan kunci di luar rumah kerana kemungkinan dia akan balik lewat.
``Sebelum itu, dia telah keluar rumah pada pukul 8 malam untuk menjemput temannya, Siti Hasliza di tempat kerja di Shah Alam,'' jelasnya yang ditemui di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam hari ini.
Tambahnya, Mohd. Zamer merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.
``Sebelum menolong ibu berniaga di pasar malam, dia bekerja di sebuah kilang alat ganti kereta di Shah Alam.
``Malah, dia sering berulang-alik ke Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan kerana menuntut ilmu agama,'' katanya.
Katanya, adiknya baru membeli kereta jenis Satria yang terbabit dalam kemalangan tersebut, sebulan lalu.
``Dia tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik tetapi pada Hari Raya Aidilfitri lalu, dia ada menyindir emak yang selalu berhari raya di Mekah.
``Hari Raya Puasa mak tinggalkan adik (Mohd. Zamer), jadi Hari Raya Haji nanti, adik pula tinggalkan mak,'' katanya dengan sedih
Similar threads | |
---|---|