Good New For Saman? - New Rates.

nitrus

2,000 RPM
Senior Member
Nov 14, 2005
2,895
35
1,648
Kadar kompaun saman kesalahan trafik turun hingga 70%

KUALA LUMPUR 4 Sept — Berikutan kenaikan harga minyak dan langkah membudayakan pesalah trafik membayar saman mereka, polis trafik buat pertama kalinya menurunkan kadar kompaun saman kesalahan lalu lintas sehingga 70 peratus berkuatkuasa hari ini.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Mustafa Abdullah berkata, mulai hari ini semua saman yang dikeluarkan akan mengikut kadar baru yang lebih rendah dari kadar lama seperti dipersetujui pihak pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Bagaimanapun bagi pesalah trafik yang menerima saman atau kompaun sebelum ini kadar bayaran kesalahan mereka kekal seperti harga lama bagi mengelakkan komplikasi undang-undang," katanya kepada pemberita mengenai perkara itu di pejabatnya di Bukit Aman di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya kadar saman bagi kesalahan mengikut Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan seperti kemalangan maut, memandu dalam keadaan mabuk, pemandu bawah umur tanpa lesen, memandu dengan cuai dan merbahaya, tiada perlindungan insurans dan lumba haram tidak dikurangkan.

Katanya lagi, bagi pesalah trafik yang telah dikeluarkan waran tangkap ke atas mereka, nilai kompaun adalah sekali ganda daripada harga tawaran tetapi tidak melebihi RM300.

Mustafa berkata, kadar baru itu akan kekal jika ramai pesalah trafik membayar saman mereka dan pihaknya akan mengkaji semula harga jika sambutan tidak menggalakkan.

Ditanya kemungkinan langkah pengurangan itu akan menggalakkan pengguna jalan raya lebih berani melanggar undang-undang, Mustafa berkata, keputusan penurunan itu walaupun tidak popular, tetapi ia bergantung kepada persepsi masyarakat.

"Namun dengan langkah ini kita tidak lagi perlu mengembleng tenaga polis trafik untuk menjalankan Ops Warta bagi memburu pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap dan saman tertunggak," katanya.

Malahan beliau berkata, dengan kadar yang rendah ini, orang ramai tidak lagi perlu berurusan dengan polis trafik untuk mengurangkan saman dan mengelakkan budaya memberi rasuah atau "duit kopi".

"Kadar baru ini juga dapat menggalakkan orang ramai membayar saman mereka dengan segera kerana harga kompaunnya rendah," katanya.

Selain itu, katanya, orang ramai juga dapat menyemak saman mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Dapat ke nombor 32728 dengan kemudahan "saman alert".

Mustafa berkata, orang ramai boleh mengetahui saman mereka dengan melanggan "saman alert" dengan menaip POLIS SAMAN, jarak, nombor kereta, on untuk mengetahui sama ada mereka dikenakan saman atau tidak.

Berikut adalah pecahan bagi kesalahan trafik yang dikenakan kadar kompaun baru:

* Kesalahan kemalangan kecuali yang tidak boleh dikompaun: sebelum ini kadar kompaun kesalahan itu bagi semua kenderaan adalah RM300. Kini bagi bas dan lori kadar barunya (RM200), kereta, teksi, van dan pacuan empat roda (RM150) dan motosikal (RM100).

* Kesalahan pandu laju sebelum ini kadar kompaun bagi semua kenderaan adalah RM150. Kini bagi lori dan bas (RM90), kereta, teksi, van dan pacuan empat roda (RM70) dan motosikal (RM50).

* Kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar sebelum ini kadar kompaunnya bagi teksi RM150, van RM80, kereta RM70 dikurangkan kepada RM50 bagi semua jenis kenderaan.

* Kompaun bagi kesalahan tidak pakai topi keledar dikurangkan daripada RM70 kepada RM30.

* Kesalahan tidak boleh buat pusingan "U", kesalahan memotong cara bahaya serta potong barisan dan kesalahan memandu di lorong kecemasan kadar kompaun bagi lori dan bas turun daripada RM200 menjadi RM90, kereta, teksi, van dan pacuan empat roda daripada RM100 kepada RM70 manakala motosikal daripada RM70 kepada RM50.

* Kompaun bagi kesalahan langgar isyarat lampu merah bagi kadar lamanya untuk lori, bas, teksi, kereta, van dan pacuan empat roda RM200 manakala motosikal RM150.

Kini kadar barunya bagi lori dan bas kekal RM200, kereta, van, teksi dan pacuan empat roda RM150 dan motosikal RM100.

* Kesalahan memandu guna telefon bimbit dan alat komunikasi kadar lamanya bagi lori dan bas RM200, kereta, van, teksi dan pacuan empat roda RM100 dan motosikal RM70. Kini kadar barunya bagi lori dan bas RM90, kereta, van, teksi dan pacuan empat roda RM70 dan motosikal RM50.

* Kesalahan tidak beri laluan sebelum membelok kadar lama untuk lori dan bas RM200, kereta, teksi, van dan pacuan empat roda RM100 dan motosikal RM70. Kadar baru untuk lori dan bas RM90, kereta, van, teksi dan pacuan empat roda RM70 dan motosikal RM50.

* Kesalahan lesen memandu dan tiada dipamerkan cukai jalan kadar lama kompaun untuk lori dan bas RM150, kereta, teksi, van dan pacuan empat roda RM80 dan motosikal RM70. Kadar kompaun baru bagi lori dan bas RM90, kereta, van, teksi dan pacuan empat roda RM70 dan motosikal RM30. — Bernama
 

kelvio

1,000 RPM
Senior Member
Jan 16, 2005
1,450
0
3,136
selangor
www.geocities.com
when start and true arrrr ,where the source come from
if true and start now i fast fast go pay my saman lor lol
 

szekeiemme

3,000 RPM
Senior Member
Feb 14, 2004
3,749
2
5,138
Visit site
means now u bribe cheaper? kahkahkaa.. still de police will lower down the kopi price..i think so la..
 

satria_95

6,000 RPM
Senior Member
Jan 2, 2004
6,746
18
5,138
Malaysia
Corrupted cops have the citizens to thank for always wanting to give bribe to the cops. In doing that, we lose our citizen's rights to a certain extent.
 

Random Post Every 5 Minutes

After all the Hoo-Haa about this PSY with his WorldWide Hit in his Gangnam Style song, it catches
everyone's attention over the globe...

I myself kinda like it as well. At 1st it was silly and thought what so good about it, after awhile
find it interesting and catchy...

Even kids as young as 3 years old knows how to dance to that song and even attracted to it
automatically even without knowing what is it about...

BUT HOWEVER...here comes another some sort of weird music and the...
Ask a question, start a discussion or post something for sale!
Post thread

Online now

Enjoying Zerotohundred?

Log-in for an ad-less experience