zan said:
if not mistaken, to install a sunroof need an inspection after.
Sun roof no need inspection .. I read from JPJ website:
Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah JPJ, terutamanya pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri-ciri, kestabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti:-
-
Pemasangan air spoiler di bahagian hadapan dan belakang.
-
Pemasangan side skirt, aerofoil dan door visor pada kereta.
-
Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
-
Pengubahsuaian kecil pada radiator grilles, bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu-lampu.
-
Pengubahsuaian kecil pada radiator grilles, bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu-lampu.
-
Pengubahsuaian kecil dan melebarkan tyre wings atau mudguard.
-
Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau fibreglass) pada bahagian hadapan dan belakang.
-
Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
-
Pemasangan para bumbung.
-
Pemasangan sun roof di atas bumbung.
-
Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).
-
Pemasangan spot light atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu yang sedia ada.
-
Pemasangan pengadang angin, penutup lampu fibreglass dan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal di mana aksesori-aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal.