Tipu harga tiba elak cukai kastam
Oleh: AMRAN AHMAD
KUALA LUMPUR 19 Julai - Bayangkan sebuah kereta berprestasi tinggi Subaru Impreza berharga RM201,000 di pasaran tempatan didaftarkan dengan harga tiba di pelabuhan hanya RM20,000.
Benarkah hanya RM20,000? Jika harganya begitu kenapa harga yang dijual kepada pengguna setinggi itu?
Apakah pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) tidak sedar hal itu?
Itu baru kereta Subaru Impreza, bagaimana pula dengan kereta Mini Cooper terpakai keluaran BMW.
Siasatan Utusan Malaysia mendapati di borang Permit Import (AP) JK69 tertera harga tiba Mini Cooper itu hanya RM16,000 sedangkan model itu dijual pada harga antara RM140,000 hingga RM190,000 seunit di pasaran tempatan.
Jika itulah harganya yang tertera di dalam borang AP itu, mungkin semua rakyat Malaysia akan dapat merasa memandu kereta-kereta mewah kegemaran mereka.
Tetapi harga tiba itu hanyalah satu `penipuan' yang dilakukan oleh pengimport (pemegang AP) untuk mengabui mata pihak Kastam supaya mengenakan cukai yang rendah berdasarkan pengisytiharan harga tiba itu.
Menurut pendedahan eksklusif Utusan Malaysia 2 Jun lalu, kerajaan telah kerugian RM1 bilion setahun akibat penyelewengan itu. Penyelewengan ini dilakukan oleh pemegang-pemegang AP ini - yang membuat untung berjuta-juta ringgit dan menafikan hak rakyat lain untuk menikmati cukai yang sepatutnya dibayar mereka.
Satu lagi contoh yang diperoleh oleh Utusan Malaysia ialah, harga tiba bagi sebuah model kereta Mercedes-Benz ialah RM11,000 sahaja, sedangkan harga kereta itu sebenarnya bernilai ratusan ribu ringgit. Utusan Malaysia juga difahamkan, KDRM pula terpaksa menerima perisytiharan harga tiba yang rendah walaupun tahu harga sebenar dalam pasaran kerana ia didakwa sebagai mematuhi syarat-syarat yang termaktub dalam Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).
Menurut syarat-syarat WTO, KDRM perlu membuat pengiraan duti import berdasarkan perisytiharan harga tiba yang dibuat oleh para pengimport kereta dan bukannya harga pasaran sebenar global.
Hari ini, semua akhbar tempatan mengumumkan bahawa Tan Sri Nasimuddin SM Amin, Datuk Syed Azman Syed Ibrahim, Datuk Mohd. Haniff Abdul Aziz dan Datuk Azzuddin Ahmad, sesama mereka telah diberikan lebih 25,000 permit import (AP) untuk mengimport kereta mewah pada tahun ini.
Menurut satu senarai yang dikeluarkan oleh kerajaan semalam, daripada jumlah itu, Syed Azman, Mohd. Haniff dan Azzuddin menerima sejumlah 16,214 AP menerusi beberapa syarikat manakala Nasimuddin, Pengarah Urusan Naza Motor Group, memegang 9,412 AP kebanyakannya menerusi Naza Kia Sdn. Bhd.
Senarai meliputi 67,158 AP itu bagi tahun ini, dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri ekoran timbulnya kontroversi mengenai pemberian AP.
Ini merupakan pertama kali nama penerima AP diumumkan walaupun sebelum ini para pemimpin kerajaan berkata dasar untuk tidak menghebahkan nama mereka dikekalkan.
Sementara, sumber terdekat berkata, empat nama teratas yang disenaraikan sebagai pemegang AP terbanyak hari ini merupakan antara beberapa syarikat yang sedang disoal siasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).
``Salah seorang daripada empat pemegang AP ini juga adalah antara mereka yang berada dalam senarai paling atas KDRM sebagai pengimport yang paling banyak melakukan penyelewengan harga tiba melibatkan ribuan kenderaan dari Korea Selatan dan Eropah,'' dakwa beliau.