Program Sukan Malam By KBS

alvinkhorfire

Junior Member
Senior Member
Feb 10, 2004
22
0
3,001
Visit site
Quoted from http://www.kbs.gov.my/index1.php

KBS ANJUR PROGRAM SUKAN MALAM
Tarikh: 09 Jan 2007

PUTRAJAYA – Dalam usaha menangani masalah mat rempit di kalangan remaja
masa kini, Kementerian Belia dan Sukan mengambil langkah bijak dengan
menganjurkan Program Sukan Malam yang akan berlangsung pada 20 dan 21
Januari depan di Litar Go Kart, Batu 3, Shah Alam. Dalam sidang medianya,
Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Azalina bt. Dato’ Othman Said berkata,
program tersebut berupaya menggerakkan pembangunan modal insan untuk
remaja dan belia serta mengukuh dan meningkatkan pembentukan insan yang
cemerlang.

Menurut beliau lagi, program Sukan Malam ini diwujudkan bagi memberi
peluang kepada golongan belia mengisi masa lapang dengan melakukan
aktiviti bersukan pada waktu malam.Program Sukan Bermotor Malam merupakan
satu program yang bermatlamat untuk membantu kerajaan menangani
masalah ‘Mat Rempit’ di kalangan remaja dan belia yang bermotosikal dan
memastikan mereka tidak terus terpinggir dalam arus pembangunan sukan
massa.

Program sepanjang tahun ini akan bermula pada 20 dan 21 Januari tahun ini
dan akan diadakan dua kali sebulan. Di antara pengisian aktiviti-
aktiviti utama kempen tersebut termasuk Go Kart, Futsal, ‘3 on 3
Basketball’, Bola Jaring, ‘Roller Blade’, ‘Roller Skate’ dan BMX.

Artikel Oleh: Fikri

Foto dan Grafik: Zazali Katan
 

Random Post Every 5 Minutes

I would like to improve on the performance of this car for street usage. Besides swop engine, what else can be done? Im from JB. Thanks
Ask a question, start a discussion or post something for sale!
Post thread

Online now

Enjoying Zerotohundred?

Log-in for an ad-less experience