Peringkat seterusnya bagi memastikan jentera ini diawet dari masalah karat. Karat berpunca dari oksigen didalam udara yang bertindak balas dengan besi dengan kehadiran air. Hehehe… fizik tingkatan empat daa. Bagi mengelakkan pengaratan, ketiga tiga unsur ini harus dipisahkan. Bagaimana? Mungkin anda biasa dengan epoxy primer, antirust dan lain lain. Apa pun terdapat dua cara bagaimana primer bertindak sebenarnya. Yang pertama dengan seal the shell as tight as possible seperti epoxy base primer, tar, underfloor seal, cat dan lain lain. Yang kedua dengan cara mambentuk satu lapisan lain melalui chemical reaction seperti surface etch primer reaction pada bahagian besi. Chemical reaction diantara etch yang beracid yang meresap ke permukaan besi akan membentuk satu lapisan perantara yang menghalang udara terkena lapisan besi seterusnya melambatkan proses pengaratan.
Aplikasi sesuatu primer bargantung kepada surface preparation pada shell itu sendiri. Oleh itu bagi mengatakan manakah yang lebih baik antara epoxy atau etch atau pun chemical agent yang lain, adalah sesuatu yang kurang tepat. Bagi aku, epoxy primer adalah seal agent yang terbaik bagi memisahkan lapisan besi dengan atmosfera. Manakala etch pula lebih kepada menghentikan pengaratan (walaupun bukan 100%). Dengan aplikasi sedemikian air, lembapan dan udara tidak akan bersentuhan dengan permukaan besi. Selain di atas, terdapat banyak lagi produk produk lain yang juga dapat membantu menyelesaikan masalah karat pada jentera oldskool anda.
Steps
Proses primer pada dasarnya adalah mudah. Sesebuah kereta boleh dilapisi primer seperti bagaimana ia dicat. Walau bagaimanapun, jika proses sedemikian dilakukan, aku pasti bukan semua bahagian dapat disaluti primer. Oleh itu PHG sebaik mungkin akan melakukannya satu persatu atau part by parts.
Sebelum disembur dengan primer, preparation yang baik perlu dilakukan. Sanding off perlu dilakukan lagi bagi mendapatkan permukaan yang betul betul baik untuk diprimer. Kemudian cleaning proses pulak takes place. Penggunaan, thinner atau chemical lain membantu proses ini.
Cat dah dibuang, namun ini belum cukup bersedia untuk dilapisi primer.
Shell yg telah di sand off for further treatment... Permukaan perlu dipastikan tiada baki cat dan bendasing lain.
saki baki karat...?
Salah satu sebab aku menggunakan etch rimer adalah kerana ia 'makan' saki baki karat. Phosphoric acid di dalam primer ini melarutkan habuk habuk atau debu debu besi dan karat. Ia juga meresap ke lapisan atas besi dan membentuk lapisan perantara. Namun ia walau bagaimanapun tidak menghentikan pengaratan, sebaliknya melambatkannya (ya.. amat lambat sekali)
close up fender yang dah digosok
perbersihan
priming
priming jugak
http://www.hostingphpbb.com/forum/viewtopic.php?p=1217&mforum=playhousegarage#1217