Dear all sifu's and fren's , just wondering where i can install a musical horn with clown (badut) car honk tune in it :questionmark::questionmark:, by the way i'm in K.L area...thanks..
Kebenaran pengubahsuaian dari JPJPemasangan alat kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan:
Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.
Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.
Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%.
Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan.Senarai di atas boleh diubah dari masa ke semasa